Sejarah Seluar Dalam G-String




Seluar dalam ala-ala cawat, G-string, yang mempunyai tali halus di bahagian belakang sememangnya telah mencetuskan fenomena dalam industri fesyen sejak sekian lama.

Pada awalnya mereka yang memakai G-string ini hanyalah mereka yang bekerja sebagai penari lucah, yang lebih dikenal dengan nama “Strippers”.

G-string itu sendiri pada dasarnya merupakan pakaian terakhir yang terpakai ditubuh seorang stripper ketika menyelesaikan aksi-aksi lucahnya.

Tahukah anda, pada awalnya, G-string diciptakan untuk digunakan oleh orang lelaki dan tidak ada wanita yang pernah bermimpi untuk memakainya.



Orang lelaki beberapa suku di Afrika merupakan golongan lelaki pertama yang pernah dilihat memakai G-string manakala di Jepun pula orang lelaki mula memakai G-string, lebih dari 2000 tahun yang lalu, yang dipakai oleh penggusti Sumo.

Kenapa dinamakan G-string?

Tiada siapapun tahu sebenarnya kenapa ia dipanggil G-string namun teori yang paling masuk akal adalah teori suatu kelompok pribumi di Amerika yang dikenal sebagai suku Indian yang memakai pakaian yang mereka sebut dengan nama “geestringi”.

Apa-apa sajalahkan.

Sebenarnya penulis bukan nak bercerita mengenai sejarah seluar dalam seksi itu, tetapi cuma nak berkongsi dengan anda betapa pakaian dalam seperti itu kini mula mengalami zaman kejatuhan!

“ Di Perancis sebagai contoh, pada tahun 90’an, seluar dalam G-string merupakan pakaian dalam utama pilihan wanita mereka tetapi ‘bintangnya’ kini mula pudar,” kata Cecile Guerin, pengarah pameran International Lingerie Fair baru-baru ini.

Kajian yang dibuat menunjukkan hanya satu daripada empat wanita Peranchis memiliki G-string, satu kejatuhan sebanyak 30 peratus.

Harus diingat, wanita Peranchis merupakan golongan paling ramai yang sanggup menghabiskan wang bagi membeli pakaian dalam idaman mereka.

Dalam kajian yang dibuat itu, 45 peratus daripada mereka masih menganggap G-string merupakan seluar dalam yang seksi manakala suku lagi menganggap ia sesuatu yang tidak menarik langsung!

Hanya seorang daripada lima melihatnya sesuatu yang ‘fashionable’ dan seorang daripada 10 wanita menganggapnya sebagai ‘praktikal’.

Tambah Guerin, antara tanda yang menujukkan G-string mula mengalami zaman kejatuhan ialah apabila agak sukar menemui seluar dalam seumpama itu dalam pameran pakaian dalaman yang dianjurkan baru-baru ini.

” Anda juga tidak akan menemuinya dalam majalah wanita,” kata Guerin pada agensi berita AFP.



Penulis tidak tahu pula sejauh mana golongan wanita di negara ini menggemari G-string namun percaya ia bukanlah satu jenis pakaian dalaman utama yang menjadi pilihan.

Yang pasti, pemborong dan penjual pakaian dalam wanita di gedung membeli-belah di sini pasti berfikir dua tiga kali sebelum mengambil keputusan menjual G-string di premis mereka.

Kalau tak laku nak buat apa dengan G-string yang berlambak itu?

Takkan nak sedekah kat ahli Sumo pulak, ‘confirm’ takde saiz!@myneshub


Responses

0 Respones to "Sejarah Seluar Dalam G-String"

Post a Comment

Blog Ini tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun si peng"comment" dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Link-link download yang ada di blog ini bukan diupload oleh pihak kami. Sekian..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Categories

Recent Comments

Popular Posts

 
Return to top of page Copyright © 2010 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by HackTutors