Elakkan Berkata "KALAU"




Tajuk : Elakkan Berkata”kalau”

Hadith :-

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun pada kedua-duanya ada kebaikan. Berjaga-jagalah terhadap perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau, pintalah pertolongan daripada Allah. Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata:"Sekiranya (kalau) aku lakukan begini maka sudah pasti lain yang berlaku. Tetapi katakanlah:"Itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya ‘kalau’ akan membukakan pintu amalan syaitan." (Riwayat Muslim)

Huraian :-
  1. Kekuatan seseorang Muslim itu diukur bukan sahaja dari segi fizikal (tubuh badan) tetapi juga dinilai daripada aspek kekuatan iman. Bahkan itulah yang paling penting.

  2. Orang yang sentiasa bewaspada terhadap nikmat kehidupan di dunia tidak akan mudah terjerumus dalam perangkap syaitan. Segala tindakan yang diambil mencerminkan ketaqwaannya kepada Allah dan dia sekali-kali tidak membiarkan kebaikan dan keburukan yang menimpanya sebagai suatu kegembiraan (kemenangan) dan kesedihan semata tetapi percaya bahawa semuanya itu mempunyai hikmah yang tersendiri daripada Allah untuk diambil pengajaran.

  3. Ucapan ‘kalau’ tidak harus diamalkan kerana ia seolah-olah menunjukkan bahawa kita tidak redha dengan apa yang telah berlaku. Sebaliknya kita hendaklah sentiasa berfikiran positif dan ingat bahawa segala yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang buruk itu adalah daripada kelemahan diri kita sendiri. Oleh sebab itu Islam menyuruh umatnya agar bertawakkal (berserah) kepada Allah SWT dalam melakukan sesuatu usaha dan percaya bahawa setiap sesuatu itu tidak akan berlaku tanpa keizinan daripada-Nya jua. 




Responses

3 Respones to "Elakkan Berkata "KALAU""

Anonymous said...

Ooo, baru ku tahu, terima kasih, bgus tul blog ni, sape eh admin?


15 June 2012 15:04
Anis said...

Oh mcam tu... thk coz bg tahu.. =)


15 June 2012 17:12
Anonymous said...

sebenarnya hadis tu melarang kita mempersoalkan takdir... bukan melarang kita menggunakan perkataan 'kalau'.Kerana perkataan 'kalau' boleh dgunakan dlm pelbagai situasi yg berbeza.


8 July 2012 23:59

Post a Comment

Blog Ini tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun si peng"comment" dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Link-link download yang ada di blog ini bukan diupload oleh pihak kami. Sekian..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Categories

Recent Comments

Popular Posts

 
Return to top of page Copyright © 2010 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by HackTutors