Ezad Lazim Sah Putus Tunang



Ezad Lazim Sahkan Putus Tunang Dengan Pembantu Peribadi. Penyanyi Ezad Lazim mengesahkan ikatan pertunangannya dengan pembantu peribadi, Asliza Abdullah, telah pun terlerai sejak seminggu yang lalu.


Ezad, 33, berkata, dia yang sepatutnya berkahwin pada Julai lalu tidak sangka percintaan yang terjalin selama empat tahun itu gagal bertahan sehingga ke jinjang pelamin, malah ia terputus seminggu sebelum dia menyambut hari lahirnya yang ke 33 tahun pada hari ini (Jumaat).

"Nak buat macam mana, mungkin kami tidak ada jodoh untuk hidup bersama. Lain yang dirancang, lain pula yang terjadi.

"Inilah kali pertama saya melalui pengalaman putus tunang dan ia bukannya mudah kerana saya begitu serius dengan pehubungan ini.

"Bagaimanapun saya masih lagi mengharapkan sesuatu yang baik terjadi antara kami, manalah tahu..," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Khamis.

Ezad dan Azliza telah mengikat tali pertunangan mereka pada 1 Jun lalu dan merancang untuk mendirikan rumah tangga pada Julai 2012.

Ezad masih lagi mengharapkan agar perhubungannya dengan Asliza kembali baik. 



Responses

0 Respones to "Ezad Lazim Sah Putus Tunang"

Post a comment

Blog Ini tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun si peng"comment" dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Link-link download yang ada di blog ini bukan diupload oleh pihak kami. Sekian..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Categories

Recent Comments

Popular Posts

 
Return to top of page Copyright © 2010 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by HackTutors