Gambar Aida (AF9) Kemalangan Teruk



Berita terkini dari selebriti yang meningkat naik melalui rancangan realiti Akademi Fantasia (AF9), Aida atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat telah mengalami kemalangan teruk di Lebuhraya Duke dan kini sedang dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).


Menurut Zuan dari rancangan Melodi, kemalangan ini berlaku apabila Aida yang baru sahaja habis menjalani penggambaran mahu menuju pulang ke rumah. Kami difahamkan, Aida memandu kereta model Mazda seorang diri apabila dia secara tidak sengaja tertidur lalu kemalangan. Keretanya dikatakan berpusing sebanyak 3 kali sebelum melanggar pokok di tepi jalan.

Namun, apa yang mengejutkan kami ialah selepas kemalangan berlaku, duit dan telefon bimbit model Samsung Tab Aida turut dicuri oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Aida kini dilaporkan dalam keadaan stabil di HKL dan masih menerima rawatan. Ahli keluarganya termasuk Fina turut dilihat hadir melawat di hospital.

Berikut adalah gambar keadaan Aida dan juga keretanya yang remuk :




kredit: ohbulan!


Responses

0 Respones to "Gambar Aida (AF9) Kemalangan Teruk"

Post a comment

Blog Ini tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun si peng"comment" dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Link-link download yang ada di blog ini bukan diupload oleh pihak kami. Sekian..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Categories

Recent Comments

Popular Posts

 
Return to top of page Copyright © 2010 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by HackTutors