Gambar Hantu Di Hospital Melaka – Akhbar Kosmo Ditipu



Rasa lawak ada, rasa kesian pun ada bila kami lihat surat khabar di Malaysia ni selalu kena bodoh-bodoh dengan pihak lain. Akhbar KOSMO telah menyiarkan satu berita berkenaan hantu yang dijumpai seorang jururawat. Memang sangat tak masuk akal dan mengarut untuk dijadikan bahan berita. Berikut adalah berita penuh seperti yang dilaporkan.


MELAKA – Seorang jururawat terkejut setelah dia merakam imej lembaga wanita di hadapan lif sebuah hospital swasta di sini 25 Oktober lalu.

Jururawat berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Hailie, 26, berkata, imej misteri itu dirakam pada pukul 7.20 malam Jumaat lalu menggunakan telefon bimbitnya ketika sedang menunggu lif untuk menghantar pesakit yang baru lepas menjalani pembedahan.

Menurutnya, sementara menunggu ketibaan lif, dia mengambil gambar kerja-kerja penyelenggaraan lif yang sedang dilakukan di situ.

“Pada mulanya, saya tidak mengesyaki sesuatu yang luar biasa pada gambar ini kerana ia sedikit kabur sehingga menyebabkan saya terpaksa mengambil tiga keping gambar. – Sumber

Sebelum anda mula rasa seram dengan cerita hantu di hadapan sebuah lif hospital swasta ni, kami akan tunjukkan dua gambar dibawah:



Kepada KOSMO, tahukah anda tentang apps untuk Android dan iOS yang diberinama Camera 360 Ultimate? Kami pasti ini pertama kali anda dengar tentangnya. Apa yang pasti, kami rasa jururawat di hospital swasta tu tengah gelak berguling-guling sebab mampu memperdaya sebuah syarikat akhbar dengan begitu mudah dan memalukan.


sumber asal: ohtidak.com



Responses

0 Respones to "Gambar Hantu Di Hospital Melaka – Akhbar Kosmo Ditipu"

Post a comment

Blog Ini tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun si peng"comment" dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Link-link download yang ada di blog ini bukan diupload oleh pihak kami. Sekian..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Categories

Recent Comments

Popular Posts

 
Return to top of page Copyright © 2010 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by HackTutors