Mari kita saksikan beberapa keping gambar pra perkahwinan Khairul Fahmi Che Mat dan Leuniey. Lebih kurang sebulan lagi dari sekarang majlis pernikahan diantara Khairul Fahmi dan Leuniey bakal berlangsung. Namun begitu, gambar pra-perkahwinan telah mula diambil dan kami rasa ini merupakan set kedua gambar mereka dimana sebelum ini mereka memakai pakaian berwarna putih.
Kedua-dua pasangan ini yang berasal dari Kelantan bakal melangsungkan pernikahan di kediaman Leuniey di Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan, jam 9 pagi pada 28 Disember 2012.
Manakala, majlis persandingan akan diadakan untuk sebelah perempuan bertempat di Hotel Renaissance, Kota Bharu Kelantan, dan sebelah lelaki pula, majlis persandingan akan diadakan di rumah Apex iaitu di Kampung Chenang, pada jam 1 tengahari bertemakan ala-kampung.
Mari lihat beberapa keping foto mereka yang cantik hasil dari jurugambar rasmi meraka, The Photolicious.
Labels:
Hiburan











Previous Article


Responses
0 Respones to "Gambar Pra Perkahwinan Khairul Fahmi & Leuniey"
Post a comment
Blog Ini tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun si peng"comment" dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Link-link download yang ada di blog ini bukan diupload oleh pihak kami. Sekian..