Polis mengesan empat lelaki bagi membantu siasatan kes samun dan rogol dua pekerja warga asing di sebuah pusat refleksologi, Setapak, Ahad lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, pihaknya meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar lokasi kejadian.
"Empat lelaki berkenaan berusia dalam lingkungan 20-an, dipercayai menaiki motosikal ke lokasi kejadian,” katanya.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, seorang lelaki penjaga premis berkenaan menerima banyak jahitan selepas telinga kirinya hampir putus, manakala seorang lagi mangsa cedera ditetak tiga lelaki bersenjatakan parang.
Dua suspek dipercayai turut merogol dua pekerja wanita warga Vietnam di premis itu selain melarikan wang tunai dan telefon bimbit dianggarkan bernilai RM3,000.
Orang ramai mempunyai maklumat boleh hubungi Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur di talian 03-21460522 sambungan 597 atau mana-mana balai polis berhampiran atau melalui hotline Polis KL (Rakan Cop) di talian 03-21159999 atau SMS POLISKL ke 32728.
Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 376 dan Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana merogol dan samun dengan mendatangkan cedera. - Sinar Harian
Labels:
Berita




Previous Article


Responses
0 Respones to "(Gambar) Suspek Kes Samun Dan Rogol Diburu"
Post a comment
Blog Ini tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun si peng"comment" dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Link-link download yang ada di blog ini bukan diupload oleh pihak kami. Sekian..