Komen Erra Fazira Tentang Gosip Perceraian



Walaupun sehingga kini tiada sebarang perkembangan mengenai status sebenar rumahtangga aktres jelita Erra Fazira dengan Engku Emran, namun cerita-cerita kurang enak mengenai kedua mereka terus bertebaran di semua saluran media yang ada.

Erra Fazira

Termasuklah gosip yang mengatakan bahawa mereka telah pun bercerai pada penghujung Oktober lalu. Orang yang bertanggungjawab membuat cerita ini melaporkan ia datang daripada sumber yang boleh dipercayai.

Selagi tiada pengesahan atau bukti sahih seperti gambar atau kenyataan daripada tuan empunya badan, sumber yang boleh dipercayai itu belum tentu boleh dipercayai.

Erra Fazira pula ketika dihubungi masih kekal dengan pendiriannya untuk tidak memberikan sebarang komen mengenai gossip ini. Dia juga berharap pihak media tidak menyokong atau percaya sebarang cerita yang tidak benar seperti ini selain pengesahan daripada mereka berdua.

"Minta maaf, buat masa ini tiada sebarang kenyataan dan penjelasan untuk Erra berikan kepada umum mengenai gosip ini. Sehingga ke hari ini, gosip hanya tinggal gosip sahaja.

"Jika ada fakta yang mahu Erra kongsikan bersama peminat dan umum, Erra pasti akan memberitahu secara langsung kepada anda dan rakan media semua.

"Diharapkan rakan media tidak menyokong sebarang fakta dari sumber seperti ini selain apa yang datang daripada Erra atau Engku Emran sendiri,"jelasnya ketika dihubungi.



Responses

0 Respones to "Komen Erra Fazira Tentang Gosip Perceraian"

Post a comment

Blog Ini tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun si peng"comment" dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Link-link download yang ada di blog ini bukan diupload oleh pihak kami. Sekian..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Categories

Recent Comments

Popular Posts

 
Return to top of page Copyright © 2010 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by HackTutors