Maria Farida adalah nama yang tidak asing lagi dalam dunia lakonan tanah air. Namun kelibatnya jarang sekali keluar dikaca televisyen mahu pun di media cetak. Pelakon yang terkenal dengan wajah awet muda ini pernah hangat dilanda gosip percintaan dengan pasangan yang jauh lebih muda darinya.
Bukan sekadar digosipkan bercinta dengan artis muda, malah pelakon jelita ini juga terkenal dengan imej seksi sehingga dilabelkan sebagai artis simbol seks.
Bagi Maria Farida, gelaran itu bukan atas permintaannya tetapi dilabel sendiri oleh masyarakat yang melihatnya daripada satu aspek yang tak sepatutnya.
”Apa boleh buat, orang yang melabelkan saya. Bukannya saya mintak untuk dilabelkan sedemikian.”
Katanya lagi, Maria akui penampilannya kadang kala seksi tetapi dia tetap dengan prinsip untuk tidak melakukan aksi-aski yang mengghairahkan untuk tatapan masyarakat. Selain itu, Maria Farida menegaskan bahawa dia jarang menerima tawaran belakon melainkan betul-betul berminat dengan skrip yang diketengahkan.
“Bagaimana pun, saya tak akan berpakaian seksi untuk lakonan drama atau filem. Sekiranya saya berpakaian seksi, itu adalah urusan peribadi saya sahaja. Saya enggan mencampur adukkan komitmen kerja dengan peribadi.”
“Buat masa ini saya senang dengan kehidupan bersama keluarga dan tidak mahu berkongsi peribadi dengan masyarakat luar, cukuplah dalam dunia lakonan sahaja” ujarnya lagi dengan senyuman.
sumber: ohbulan!
Labels:
Hiburan


Previous Article


Responses
0 Respones to "Maria Farida Akur Dilabel Sebagai Simbol Seks"
Post a comment
Blog Ini tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun si peng"comment" dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Link-link download yang ada di blog ini bukan diupload oleh pihak kami. Sekian..