Isteri pelawak tanah air Nabil Ahmad, Nazirah Ayub selamat melahirkan anak perempuan pagi tadi. Tahniah kami ucapkan kepada Nabil kerana telah bergelar ayah. Mesti comel anak Nabil dan Zira.
Nabil ketika dihubungi memberitahu isterinya melahirkan anak melalui kaedah pembedahan di sebuah klinik di Shah Alam.
“Doktor mencadangkan pembedahan memandangkan bayi sudah besar. “Alhamdulillah semuanya selamat, isteri pun sihat dan anak perempuan lahir pukul 8.40 pagi tadi,” katanya.
Ketika ditanya berat anak pertamanya itu, Nabil menjawab, “saya hanya sempat tengok untuk iqamahkan tadi, jadi saya belum tahu berapa beratnya.”
Menurut Nabil, setakat ini nama bagi anaknya masih belum diberi. Bergelar bapa sudah tentu menjadi kegembiraan tidak terkata buat Nabil.
“Saya gembira, rasa nak nangis pun ada bila tengok muka dia (anak),” katanya. Nabil dan Nazirah mendirikan rumah tangga 30 September tahun lalu.
Gambar Anak Perempuan Nabil
Labels:
Hiburan




Previous Article


Responses
0 Respones to "(Tahniah) Nabil Dapat Anak Perempuan"
Post a comment
Blog Ini tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun si peng"comment" dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Link-link download yang ada di blog ini bukan diupload oleh pihak kami. Sekian..