Maimon Mutalib Hidap Kanser Payudara? Maimon Mutalib disahkan menderita kanser payudara. Maimon Mutalib, adalah nama yang tidak asing lagi di kalangan penggiat filem dan drama serta peminat-peminat industri hiburan tanah air. Baru-baru ini, sesuatu yang agak mengejutkan semua pihak apabila aktres veteran ini dimasukkan ke wad kecemasan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kerana disahkan menderita kanser payudara.
Menurut sebuah laporan akhbar tempatan, Maimon atau lebih dikenali sebagai Kak Mon dikatakan tidak mampu bergerak kerana di pangkal pehanya seolah-oleh kejang (cramp).
Sejak mengetahui penyakit yang dihidapinya itu, Kak Mon berasa takut dan risau kerana tidak dapat bekerja lagi sebagai pelakon kerana bidang lakonan merupakan punca utama rezekinya.
Kak Mon merupakan seorang pelakon yang sangat berbakat kerana setiap lakonannya sering membuatkan penonton dapat merasai watak lakonannya. Antara filem yang pernah dibintanginya antaranya “Budak Pailang”, “Sumpahan Kum-Kum”, “Semerah Cinta Stilleto”, “Pensil”, “Cuci”, dan banyak lagi.
David Teo dan beberapa artis seperti Mikael Andre, Zalif Sidek, Rashidi Ishak dan Vanida Imran beserta pelakon veteran kesayangan ramai, Ruminah Sidek sempat meluangkan masa untuk melawat pelakon berbakat besar, Kak Maimon Mutalib yang disahkan menghidap kanser payudara kat PPUM, Petaling Jaya. Alhamdulillah walaupun kurang bertenaga, kak Maimon masih mampu tersenyum dan melayan kehadiran tetamu. Kami doakan semoga Kak Mon cepat sembuh segera.
kredit gambar MiG Online
Labels:
Hiburan




Previous Article


Responses
0 Respones to "(Gambar) Maimon Mutalib Hidap Kanser Payudara"
Post a comment
Blog Ini tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun si peng"comment" dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Link-link download yang ada di blog ini bukan diupload oleh pihak kami. Sekian..