Penyanyi Elyana kini sudah bertudung? Baru-baru ini, seorang teman memberitahu Murai Batu tentang perkembangan terbaru penyanyi Elyana yang terkenal dengan lagu Kalis Rindu dan Tak Tercapai Akalmu. Khabarnya, Elyana sudah pun bertudung sepertimana segelintir rakan selebriti lain yang telah pun mengambil keputusan untuk berhijrah demi menjadi muslimah yang sejati.
Apapun, lepas dengar perkhabaran tentang Elyana tadi, Murai Batu cuba-cubalah dapatkan pengesahan yang lebih sahih. Betul ker Elyana sekarang ni dah tutup aurat kepala atau ianya disebabkan kerana fesyen atau apa.
Selidik punya selidik, rupa-rupanya Elyana bertudung demi wataknya dalam drama bersiri Masyitah yang bakal disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) mulai 5 Disember depan, setiap Rabu, jam 9.00 malam menerusi saluran TV2.
Eh! Kalau tak silap lama jugak Elyana tak muncul kat TV kan. Sekurang-kurangnya, kemunculannya di dalam drama ini akan dapat mengubat kerinduan peminat terhadap dirinya. Apa-apa pun, sama-sama lah kita doakan semoga Elyana bertudung sepenuhnya. Jom lihat beberapa keping gambar Elyana bertudung.
Kredit gambar: Blog Elyana FC
Labels:
Hiburan

.jpg)
.jpg)
.jpg)
Previous Article


Responses
0 Respones to "Penyanyi Elyana Kini Sudah Bertudung?"
Post a comment
Blog Ini tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun si peng"comment" dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Link-link download yang ada di blog ini bukan diupload oleh pihak kami. Sekian..